Wednesday, 21 September 2016

TMJ


Cinta TMJ & Khaleeda:Segalanya Bermula Selepas.........

Tahniah! Rasanya saya pernah menerbitkan artikel mengenai teman wanita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Cik Khaleeda Bustamam, 21 tahun. 

Hari ini media tempatan mengumumkan bahawa TMJ bakal melangsungkan istiadat pertunangan dan pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam pada 24 Oktober ini. 

Gadis itu sebelum ini dilihat beberapa kali menemani TMJ ke perlawanan bola sepak pasukan Johor berasal dari Gombak, Selangor dan mereka telah berkenalan sejak setahun lalu. 



Majlis terbabit akan diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 10 pagi.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja, Datuk Rahim Ramli berkata, istiadat pernikahan akan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran pada hari yang sama. Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

“Pada 24 Oktober pula, iaitu pada Jumaat, kita akan adakan istiadat pertunangan dan pernikahan. Istiadat ini nama sahaja istiadat pertunangan dan pernikahan tetapi  ada tiga majlis iaitu pertama, istiadat pertunangan di mana sekali lagi Tunku Aminah akan menyarungkan cincin pertunangan pada jari Cik Khaleeda.
Selepas itu barulah Sultan Johor berkenan untuk mengurniakan tujuh barangan kepada pihak pengantin perempuan dan sebagaimana istiadat Melayu, pihak pengantin perempuan akan membalas sembilan hadiah. Selepas itu barulah diadakan istiadat pernikahan yang akan dilaksanakan oleh Mufti Johor.” ujar Datuk Rahim Ramli, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Timbalan di sini.
Menurut Rahim, istiadat merisik telah diadakan pada 27 September lalu dengan rombongan diketuai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Iskandar dan disusuli istiadat meletak kerja pada 18 Oktober lalu.
Pada istiadat terbabit, bendera istiadat dinaikkan oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri selain tujuh das tembakan meriam oleh 41 bateri istiadat Rejimen Artileri Diraja. Katanya, semua istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan diraja Johor selain mempunyai unsur ketenteraan.

Imbas....Segalanya bermula selepas.... 


Perhubungan Fazura dengan seorang kerabat diraja sudah lama diperkatakan. Meskipun tiada pengakuan dan penjelasan yang telus daripada pelakon jelita berusia 26 tahun itu sebelum ini, yang lebih senang memberikan jawapan selamat tentang perhubungan peribadinya.

 Sehinggalah temuramahnya dengan 'Hai', Fazura berkongsi bahawa dia dan kerabat diraja berkenaan ada berbincang tentang soal perkahwinan. 


Sekaligus mengiyakan apa yang sudah lama disyaki umum, malah memberi gambaran bahawa perhubungan ini diambil serius kedua belah pihak. 

Namun, perhubungan ini nampaknya tidak direstui pihak istana. Dalam laporan esklusif Hits (Utusan Malaysia) kelmarin (24/2) - 'Fazura tidak diterima istana?' - seorang sumber istana dipetik memberitahu istana tidak dapat menerima Fazura. 

Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Fazura sebelum ini mengenai perhubungannya dengan kerabat diraja tersebut hanya pendapat dia seorang kerana "bukan dia seorang sahaja kawan wanita kerabat diraja itu".
"Sudah tentu istana mahukan kerabat diraja bertemu jodoh dengan wanita yang tidak pernah terlibat dalam kontroversi tidak kira sama ada gadis kampung atau anak raja," kata sumber tersebut. Fazura yang dihubungi enggan mengulas mengenai hal berkenaan lagi. -


Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sehinggalah  tersebar khabar menyatakan baginda bakal melangsungkan perkahwinan Oktober depan.


Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja yang tertera nama baginda.

Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.

Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.

Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.


Manakala dalam video di bawah, beliau turut dibawa ke majlis yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tuesday, 20 September 2016

SAYANG DAN RINDU

” SAYANG tak bermaksud CINTA. Dalam CINTA mesti ada SAYANG. Tapi dalam SAYANG tak semestinya ada CINTA”

Image result for love story quotes

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfuzd untuk diriku, 
percayalah rasa cinta yang kita rasai 
adalah kerana Allah telah tanamkan perasaan itu dalam hati kita... 

Biarlah aku memperbaiki diriku dahulu sebelum aku membimbingmu... 

Cinta ini tidak akan hilang selagi kau tertulis dalam takdir jodohku... 
yakinilah… 
SAYANG aku, CINTA aku padamu 
tidak akan pernah berkurang malah sentiasa subur di hati dan perasaanku... 
akan aku meniti hari-hari aku dengan berdoa untukmu 
sebagai tanda KASIH aku dan RINDU aku padamu... 
biar aku mencari redha Ilahi sebelum cinta kita diredhaiNya...
Rindu itu adalah fitrahMu,
Dialirkan di dalam jiwaku,
Kasih sayang mengalir bersama,
Disaluran bernama cinta,

Cinta itu perlu disekat,
Oleh empangan iman,
Dari limpahan maksiat,
Dari terus kekufuran,

Cinta itu perlu disuburkan,
Dengan baja keikhlasan,
Cinta itu perlu disemai,
Di sebuah taman kehidupan,

Kehidupan ini perlu diwujudkan,
Disatukan oleh ikatan pernikahan,
Kehidupan ini perlu diceriakan,
Dengan limpahan kasih sayang dalam perkahwinan.

Sebelum kau milikku… pesanan ini hanya untuk kamu…
Jika namaku yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk dirimu, niscaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasmu bukan mencari diriku… tetapi mensolehahkan dirimu… andai aku telah tertulis di Lauhul Mahfudzmu… aku adalah imammu, dan ayah dari anak-anakmu… aku bersama-samamu dalam perjalananmu nanti… percayalah, aku sedang memperbaiki diriku… memantaskan diriku untuk menjadi imam bagi tulang rusukku, dan buah hatiku kelak…
mari kita sama-sama berdoa

Ya Allah...
Kalau seseorang itu bukan jodohku,
tolong dijauhkannya dariku dan temukanya dengan yang lebih baik...
dan jika dia memang jodohku,
maka supaya didekatkan denganku dengan caraMu dan aturanMu...
AMIN...
MOGA CINTA KITA MENCAPAI REDHA ILAHI
SENTIASA DIRAHMATI ILAHI

Insurans Kenderaan



Image result for cover note insurance kurnia
 Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan              Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087




Image result for geran keretABagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima